terasa pelik dan janggal kali ini sebab aku menulis di ruangan ‘new post’ pada platform wordpress. siapa sangka perkara yang kali terakhir aku tulis pada bulan May 2010 masih dilawati oleh pelawat di luar sana. aku tahu bilangan pelawat di blog kalian lebih tinggi dan ramai berbanding aku, tetapi untuk mendapatkan sejumlah view daripada sebuah blog yang telah lama ditinggalkan, aku rasa, aku patut teruja. seperti terujanya aku menonton perlawanan Barcelona menentang Man Utd tempoh hari. tak terlawan.
patutlah dari pagi tadi aku terasa seperti teruja dengan blog lama ini. entah sudah berapa banyak blog yang aku tulis, dan rakan rakan blog dari zaman penulisan dahulu pun, sudah ramai yang berhenti menulis. adalah beberapa orang lagi yang masih menulis seperti Dila Raden & Pett Suhaimi. oh ya Pett, tahniah! selamat pengantin baru ya Pett!
mereka mereka yang aku kenali, dan yang pernah menghiasi gambar di blog ini juga telah ramai yang mendirikan rumah tangga, aku? belum tiba masanya lagi. segala persiapan diri sedang dilakukan. insyaAllah, doakan yang terbaik untuk aku di masa hadapan kelak.
oh ya, jika dahulu aku suka menangkap gambar. sekarang aku telahpun…… (bersambung)

Posted on May 31, 2011
0